Kerjaya Syahredzan Johan

Peguam

Beliau adalah lulusan bidang perundangan dari Cardiff University, United Kingdom pada tahun 2005 sebelum dipanggil ke Majlis Peguam England dan Wales.[2] Beliau kembali ke tanah air pada 2006 untuk berkhidmat bersama firma Ram Caroline Sha & Syah. Beliau diperakui sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaysia pada 5 Oktober 2007.[2] Syahredzan merupakan rakan kongsi dalam firma Ram Caroline Sha & Syah sejak tahun 2010.[2]

Politik

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 2018, beliau telah dilantik sebagai setiausaha politik kepada Lim Kit Siang. Beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan pada tahun 2021. Beliau bersama- sama menubuhkan Cawangan DAP Pusat Bandar Shah Alam sekaligus menjadi Pengerusi Penaja pada tahun 2022. Dengan pelantikan sebaga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP,[3] beliau diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Media Sosial DAP.[4]

Rujukan

WikiPedia: Syahredzan Johan https://generationt.asia/people/syahredzan-johan https://www.astroawani.com/berita-politik/peguam-s... https://www.facebook.com/SyahredzanJohan https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.instagram.com/syahredzanjohan/ https://www.prestigeonline.com/id/prestige-40-unde... https://www.theedgemarkets.com/article/edge-inspir... https://www.tiktok.com/@syahredzan https://twitter.com/syahredzan https://sumberkini.my/aktif-di-twitter-syahredzan-...